Besmele-i Şerif Pictures, Images and Photos

Ahad, 24 Mei 2009

Assalamualaikum..saya rasa malas le nak tulis isu2 politik dalm blog saya ni kerana dah terlampau banyak dah blogger2 yang tulis pasal politik tanahair kita. Ada yang kekononnya terlalu berstrategi sampai mengenepikan adab2 dan akhlak dalam memberikan pandangan sedangkan kemuliaan akhlaklah yang menjadi punca Nabi diutuskan.إنما بعثت لإتمم مكارم الأخلاق Yang bermaksud " Hanyasanya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlaq yang mulia".
Mereka mengecam golongan sekularis yang memisahkan agama daripada politik tapi hakikatnya mereka juga memisahkan akhlak yang menjadi tunjang agama dalam mengeluarkan pandangan politik mereka. Ulama, yang berjasa dlm gerakan Islam yang menghabiskan usia2 mereka dalam dakwah dan politik Islam diberikan gelaran2 yang tidak ada nilai hormat langsung. Gelaran Ulama, bangsat, bangang, sohai ( ntah apa kebendenya sayapun tak tahu),bodoh2 alang dan lain2 lagi gelaran yang biadap yang kadang kepada seorang sampah masyarakatpun kita berfikir dua tiga kali mahu menggelarkan mereka sebegitu. Ini semua dilakukan atas nama kebebasan berfikir dan mengkritik "atas tajuk" sesuatu yang mengambarkan penulisnya sebagai penganut fahaman matlamat menghalalkan cara.Satu mazhab berfikir yang sesat dan menyesatkan
.Ulama, bukanlah tidak boleh ditegur dan dikritik kerana mereka bkannya maksum tapi biarlah mempunyai adab2 dan hujjah yang mantap,logik dan disendal dengan dalil2 quran dan hadith kerana itulah kayu pengukur kepada segala tindak-tanduk, gerakerja dan amalan kita.
Strategi yang hebat atau tidak adalah benda yang relatif .Ada juga sesuatu yang mempunyai nilai yang strategik yang bersifat jangkapanjang kadang2 dilihat sebaliknya. Ini dapat kita lihat dalam perjanjian Hudaibiyyah Sayyidina Umar semacam tidak bersetuju pada mulanya dengan strategi Rasulullah saw dalam melayani kafir Quraisy dalam peristiwa itu. Akhirnya ternyata perjanjian Hudaibiyyah sangat2 menguntungkan Islam dan melebarkan lagi jaringan dakwah Islam.
Sayyidina Umar yang sangat cerdik itu kdg2 tidak terjangkau dalam sesetengah situasi tentang kebijaksanaan politik Nabi saw. Begitulah para ulama, pewaris nabi kadang2 kita yang hidup bergelumang dengan debu2 dunia, hati yang kontang dari zikir, amalan yang jauh dari sunnah melihat politiking mereka sebagai lembab, tidak berstrategik, menguntungkan musuh, tidak licik namun kita lupa akal bukanlah segala2nya dalam bertindak disana ada ilham dari Allah swt kepada golongan yang bertaqwa sebagaimana dalam hadith 40 susunan Imam Nawawi ada disebut situasi dimana apabila seseorang itu sudah benar2 melaksanakan perintah Allah samada yang fardhu mahupun yang sunat maka segala tindakannya dibawah pengawasan Allah. Oleh itu berhati2 bila mengkritik khususnya para ulamak yang menafkahkan diri mereka untuk perjuangan Islam.

Read more...

Jumaat, 22 Mei 2009

Cacatan buat guru

Walaupun agak terlewat ingin saya ucapkan selamat hari guru kepada seluruh guru2 di M,sia.Guru adalah insan yang mewarisi tugas kenabian kerana ianya menyampaikan ilmu dan kebaikan kepada manusia. Kepada guru2 yang pernah mengajar saya daripada tadika sampai keuniversiti saya ucapkan selamat Hari Guru semoga mendapat rahmat dunia dan akhirat. Diantara ramai2 guru saya ada seorang yang paling memberi kesan kepada seluruh hidup saya. Ustaz Zaidi namanya. Waktu tu saya belajar disekolah agama Rakyat sekolah yang penuh dengan kedaifan. Mempunyai satu bangunan lima kelas, tak ada makmal, tak ada librari yang ada hanya bilik2 darjah dan bilik guru yang sempit memuatkan sekitar 9-10 guru. Kantin? Ada le kalu takdanak makan kat mana, tapi sangat kecil lebih kurang luas 1/3 bilik darjah..o ya nak cerita pasal Ustaz Zaidi guru saya ni. Orangnya mudah tersenyum, tinggi lampai,namun beliau cacat kaki dan tangan tapi ilmunya bagi kami pada ketika itu dialah rujkan kami..macam ala2 mufti gitu. Apa sahaja kemusykilan kami beliau akan jawab dengan jawapan yang memuaskan hati kami, sesuai dengan tahap kami pada ketika itu.
Ustaz Zaidi ni kelakar orangnya setiap kali masuk kelas pasti ada2 sahaja lawak beliau yang menghilangkan mengantuk terutamanya bila kelas waktu tengahari.Walaupun bergaji kecil (buktinya tak da seorangpun guru2 kami termasuk mudir( kira mcm pengetua le) yang berkereta semuanya naik kapcai je dan kalau cikg yang menyewa area2 sekolah jalan kaki je le.) maklumlah sekolah agama rakyat katakan namun keikhlasan mereka mendidik masih membekas dihati ini. Masih terbayang2 bagaimana saya tersenyum lebar pada suatu hari bila Ustaz Zaidi memberikan contoh orang yang hitam manis ialah seperti saya. Rasa macam kat sekolah tu sayalah yang paling hensem.hi hi.Keilmuan yang ditunjukkan oleh Ustaz Zaidi ,kemahirannya berinteraksi dengan pelajar dengan penuh keyakinan menjadikan kami lupa dengan kecacatan beliau.Ini mendorong saya dan kawan 2ingin jadi sepertinya.Alhamdulillah ramai juga kawan sekelas yang ikut jejak langkah Ustaz Zaidi menjadi guru . Selepas saya tidak lagi bersekolah disitu dan melanjutkan pelajaran saya dah terputus hubungan dengan Ustaz Zaidi maklumlah waktu tu akhir 80-an kami kat kg takda tepon lagi .handset jangan citer le dah dicipta ke lom.Namun ingatan saya pada Ustaz Zaidi tidak pernah pudar dan juga guru2 kami yang lain. Pada Arwah Ustaz Abdullah mudir kami moga dicucuri rohnya oleh Allah swt, pada Ustzh Shamsiah yang mengajar Insya, Cikgu Mekyah yang mengajar Matematik, Cikgu Nasir yang mencambahkan minat kami pada pelajaran sains walaupun tak pernah kenal makmal, Cikgu Romlah yang mengajar BM, dan semua guru jasa kalian hanya Allah yag mampu membalasnya, SELAMAT HARI GURU, moga kita akan dipertemukan lagi.

Read more...

catatan pertama

Assalamualaikum Alhamdulillah akhirnya tercapai juga hasrat den nak memiliki blog sendiri. Kiranya pada hari ni jumaat 22hb mei 2009 bersamaan 27 jamadil awal 1430 H,rasmilah den jadi blogger hi hi. Ntah apa nak tulis pada posting pertama ni..sebenarnya den tongah poning memikirkan tajuk tesis yang belum lagi dapat ilham sedangkan semester ni den kena menghantar tajuk dan proposal. Ntahle belum lagi ilham ni muncul walaupun den dah pi membelek-belek tesis2 kat Perpustakaan Tun Sri Lanang UKM. Tajuk yang den nak buek dah ada mamat lain sapu..masa makin berlalu ni dah nak masuk bulan 6, shbat den Riduan Putrajaya cakap dia dah dapat tajuk.. kira stress le juga ni, tapi takpe Insya, Allah akan membantu pelajar2 yang niatnya belajar kerana Allah.Hari ni den cuba baca jurnal2 dari UM moga2 ada idea untuk pilih tajuk.

Read more...

Komen Terkini

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP