Assalamualaikum..saya rasa malas le nak tulis isu2 politik dalm blog saya ni kerana dah terlampau banyak dah blogger2 yang tulis pasal politik tanahair kita. Ada yang kekononnya terlalu berstrategi sampai mengenepikan adab2 dan akhlak dalam memberikan pandangan sedangkan kemuliaan akhlaklah yang menjadi punca Nabi diutuskan.إنما بعثت لإتمم مكارم الأخلاق Yang bermaksud " Hanyasanya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlaq yang mulia".
Mereka mengecam golongan sekularis yang memisahkan agama daripada politik tapi hakikatnya mereka juga memisahkan akhlak yang menjadi tunjang agama dalam mengeluarkan pandangan politik mereka. Ulama, yang berjasa dlm gerakan Islam yang menghabiskan usia2 mereka dalam dakwah dan politik Islam diberikan gelaran2 yang tidak ada nilai hormat langsung. Gelaran Ulama, bangsat, bangang, sohai ( ntah apa kebendenya sayapun tak tahu),bodoh2 alang dan lain2 lagi gelaran yang biadap yang kadang kepada seorang sampah masyarakatpun kita berfikir dua tiga kali mahu menggelarkan mereka sebegitu. Ini semua dilakukan atas nama kebebasan berfikir dan mengkritik "atas tajuk" sesuatu yang mengambarkan penulisnya sebagai penganut fahaman matlamat menghalalkan cara.Satu mazhab berfikir yang sesat dan menyesatkan
.Ulama, bukanlah tidak boleh ditegur dan dikritik kerana mereka bkannya maksum tapi biarlah mempunyai adab2 dan hujjah yang mantap,logik dan disendal dengan dalil2 quran dan hadith kerana itulah kayu pengukur kepada segala tindak-tanduk, gerakerja dan amalan kita.
Strategi yang hebat atau tidak adalah benda yang relatif .Ada juga sesuatu yang mempunyai nilai yang strategik yang bersifat jangkapanjang kadang2 dilihat sebaliknya. Ini dapat kita lihat dalam perjanjian Hudaibiyyah Sayyidina Umar semacam tidak bersetuju pada mulanya dengan strategi Rasulullah saw dalam melayani kafir Quraisy dalam peristiwa itu. Akhirnya ternyata perjanjian Hudaibiyyah sangat2 menguntungkan Islam dan melebarkan lagi jaringan dakwah Islam.
Sayyidina Umar yang sangat cerdik itu kdg2 tidak terjangkau dalam sesetengah situasi tentang kebijaksanaan politik Nabi saw. Begitulah para ulama, pewaris nabi kadang2 kita yang hidup bergelumang dengan debu2 dunia, hati yang kontang dari zikir, amalan yang jauh dari sunnah melihat politiking mereka sebagai lembab, tidak berstrategik, menguntungkan musuh, tidak licik namun kita lupa akal bukanlah segala2nya dalam bertindak disana ada ilham dari Allah swt kepada golongan yang bertaqwa sebagaimana dalam hadith 40 susunan Imam Nawawi ada disebut situasi dimana apabila seseorang itu sudah benar2 melaksanakan perintah Allah samada yang fardhu mahupun yang sunat maka segala tindakannya dibawah pengawasan Allah. Oleh itu berhati2 bila mengkritik khususnya para ulamak yang menafkahkan diri mereka untuk perjuangan Islam.
Ahad, 24 Mei 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 ulasan:
Catat Ulasan